My Add

Tuesday 29 November 2011

Laporan awal Jawatankuasa Khas Parlimen dibentang Khamis

PUTRAJAYA, SELASA, 29 November, 2011: 
LAPORAN awal Jawatankuasa Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan raya (PSC) akan dibentangkan di Parlimen, Khamis ini. 

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata enam pendengaran awam telah diselesaikan dam jawatankuasa itu gembira dengan maklum balasnya.

"Saya rasa dalam senarai saya pada masa ini terdapat lebih daripada 100 cadangan, jadi kita perlu membincangkannya dan meneliti perkara-perkara yang saya anggap penting.

"Kita sepatutnya melaporkannya pada minggu pertama April tahun depan tetapi kita telah memohon supaya Parlimen memberikan kita peluang untuk membentangkan laporan interim pada hari terakhir persidangan," katanya kepada pemberita selepas menyaskikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Mimos Berhad dengan 13 rakan industri elektrik dan elektronik (E&E) bagi khidmat perkongsian dalam 'Failure Analysis and Wafer Testing', di sini, hari ini. 

Pendengaran awam pertama PSC diadakan pada 11 November lalu di bangunan Parlimen, manakala yang kedua diadakan di Sabah selama dua hari, Jumaat lalu. 

Pendengaran awam seterusnya dijadual diadakan di Sarawak (8-9 Disember), Pulau Pinang (15-16 Disember), Kelantan (7-8 Januari) dan Johor (12-13 Januari). 
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment