Oleh KAMIL MASLIH dan TERMIZI CHE ANUAR
KUALA LUMPUR, SELASAA, 28 Februari, 2012: Era reformasi di Indonesia pada tahun 1998 lalu telah banyak membantutkan pertumbuhan ekonomi negara berkenaan di samping menyebabkan kerajaan Pusat yang lemah.
Ketua Pegawai Eksekutif Nasional Media Group Indonesia, Noor Syamsuddin Chatib Hassan berkata, reformasi di Indonesia juga telah mengakibatkan masalah rasuah meningkat dan menjejaskan program pembangunan.
"Reformasi Indonesia telah menyebabkan rakyat menemui matlamat yang palsu, bukannya matlamat baru, hak rakyat untuk memberi pendapat, bebas berbicara dan ekspresi semuanya dijamin oleh negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah khas Pengalaman Reformasi di Indonesiapada Program Perhimpunan Kebangsaan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini, hari ini.
Menurutnya, hasil daripada reformasi, hak bersuara diberi kebebasan sepenuhnya dan serentak dengan itu, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik telah berkembang banyak.
"Di Indonesia, semuanya boleh kecuali dua perkara, iaitu merokok di stesen petrol dan memakai kasut di dalam masjid.
"Tapi yang lain, semuanya boleh, untuk menghina Presiden, isterinya dan wakilnya, semuanya boleh, malah ada orang mengambil lembu dan menulis nama Presiden pada badannya, pun boleh," katanya.
Katanya, dengan masalah demonstrasi yang berterusan dan tohmahan-tohmahan daripada pembangkang, reformasi di Indonesia telah mengakibatkan keadaan yang mana kerajaan tidak dapat melaksanakan tanggungjawab pembangunan dengan tenang. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment