My Add

Tuesday 28 February 2012

Azizan sedia maafkan dua Exco enggan dilantik semula

ALOR SETAR, ISNIN, 27 Februari, 2012: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia memaafkan dua Exco yang enggan dilantik semula memegang jawatan itu kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan beliau.

Azizan menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan kedua-dua Exco tersebut dan boleh menerima mereka semula.

Exco kanan itu ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr. Ismail Salleh.

"Saya tak ada masalah dengan depa (mereka). Kalau ada orang nak pujuk, depa mau, saya terima. Saya juga tak kisah depa nak terima atau tidak tawaran sebab ada orang lain mau (mahu) jawatan ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Azizan diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bahawa Pas Pusat akan menghantar Naib Presidennya, Salahuddin Ayub ke Kedah esok sebagai perantara bagi membantu menyelesaikan kemelut yang melanda Azizan dan dua Exco tersebut.

Kerajaan Pas Kedah sebelum ini bergolak apabila dua Exco kerajaan negeri menghantar surat agar tidak dilantik semula sebagai satu tekanan kepada Menteri Besar agar beliau berundur. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment