Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
KUALA KRAI, SELASA, 28 Februari, 201: Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mendapati, perkhidmatan di kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara sepanjang tahun lalu adalah memuaskan.
Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, kajian yang dijalankan ke atas 10,300 daripada 70,000 pelatih pada tahun lalu mendapati, mereka berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan oleh pengusaha kem.
"Hasil kajian itu mendapati 83.28 peratus pelatih telah meletakkan kategori memuaskan terhadap prasarana yang ada di setiap kem. Pada asasnya, angka itu telah menunjukkan satu pencapaian yang bagus," katanya semasa ditemui selepas menghadiri majlis kesyukuran bersama pelatih di Kem PLKN Batu Jong di sini, hari ini. - UTUSAN
if this survey is done by credible external surveying firm which has no tie wih gonv, that this can be trusted.
ReplyDelete