My Add

Tuesday, 28 February 2012

MTUC minta PM campur tangan isu pekerja

PETALING JAYA, SELASA, 28 Februari, 2012: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam menyelesaikan isu berkaitan kesatuan sekerja dan pindaan Akta Kerja yang diluluskan Parlimen tahun lepas.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata, kesatuan itu berharap Najib dapat campur tangan setelah tidak berpuas hati dengan hasil perbincangan bersama wakil Kementerian Sumber Manusia sebelum ini.

"MTUC tiada pilihan selain menulis surat kepada Perdana Menteri dan meminta beliau menyelesaikan isu-isu berbangkit membabitkan pekerja yang masih tidak diselesaikan sehingga sekarang.

"Perdana Menteri perlu mengambil perhatian terhadap isu ini kerana ia membabitkan kebajikan pekerja di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment