My Add

Tuesday 28 February 2012

Langgar garis panduan Puspal: Konsert Erykah Badu batal

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Februari, 2012: Konsert penyanyi wanita Amerika Syarikat, Erykah Badu, yang dijadual berlangsung di ibu negara malam esok dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr beliau berkata, konsert artis itu dibatalkan setelah didapati melanggar garis panduan Puspal dan syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia.

Beliau berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan,” katanya.

Rais berkata, mesyuarat Puspal hari ini telah memutuskan pembatalan konsert itu berdasarkan pandangan anggota mesyuarat khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). — BERNAMA

No comments:

Post a Comment