My Add

Tuesday, 28 February 2012

Malaysia ketengah agenda penting di AMRI

KUALA LUMPUR, SELASA,28 Februari, 2012: Malaysia akan mengetengahkan agenda penting pada majlis pembukaan Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) ke-11 pada Khamis ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk seri Kamaruddin Siaraf berkata, perkara itu akan dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadual merasmikan persidangan dan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Kamaruddin yang ditemui pemberita di luar Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Bertanggungjawab bagi Maklumat (SOMRI) selepas mempengerusikannya hari ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Berkenaan mesyuarat itu, beliau berkata, perwakilan gembira dengan persiapan yang dilakukan Malaysia dalam penganjuran Persidangan AMRI ke-11, iaitu kali kedua selepas 1991.

"Fokus kita pagi ini hanya untuk melaporkan perkembangan projek dan program yang dipersetujui pada mesyuarat lepas dan juga membincangkan tentang jawatankuasa kecil di bawah SOMRI dan AMRI. Kebanyakan negara peserta juga memberikan laporan yang baik,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment