My Add

Tuesday 28 February 2012

70 peratus projek belia niaga, belia tani capai sasaran

PASIR PUTEH, SELASA, 28 Febuari, 201: Kira-kira 70 peratus daripada 2,400 projek belia niaga dan belia tani yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan sejak beberapa tahun lalu mencapai sasaran. 

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Jamil Salleh, berkata kementerian itu memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta untuk menjayakannya bagi memberi faedah kepada 2,400 belia di seluruh negara.

"Kejayaan terbesar membabitkan projek belia niaga apabila mereka berjaya membuka pelbagai bengkel termasuk membaik pulih kereta/motor dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja ke IKS belia di Kampung Pacakan, Semerak, di sini petang semalam.

Jamil berkata, sebagai contoh, kejayaan yang dicapai oleh AZ Global Trading yang mengusahakan projek memproses hasil laut seperti keropok di Kampung Pachakan, Semerak. 

Beliau berkata, bermula dengan modal RM5,000 di bawah pinjaman tabung ekonomi belia, kini syarikat itu berkembang pesat dengan aset bernilai RM300,000. 

Katanya, hasil pengeluaran syarikat mendapat pasaran di seluruh negara terutama di Kuala Lumpur, Johor dan luar negara seperti di Singapura. 

Jamil berkata, bagaimanapun projek di bawah belia tani kurang berkesan berpunca daripada tanaman yang diusahakan menghadapi pelbagai masalah seperti penyakit, musim kemarau dan musnah dilanda banjir. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment