My Add

Tuesday, 28 February 2012

Azizan tidak tolak kemungkinan baki 2 Exco dilantik semula

ALOR SETAR, SELASA, 28 Februari, 2012: Dua anggota Exco kerajaan negeri Kedah yang tidak mengangkat sumpah hari ini masih berpeluang dilantik semula selepas tempoh khidmat mereka tamat secara rasmi 7 Mac ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selepas tarikh itu, jika mereka tidak dilantik semula, portfolio yang belum diisi akan diagihkan kepada anggota Exco sedia ada untuk sementara waktu.

Dua Exco yang tidak mengangkat sumpah hari ini ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr. Ismail Salleh.

"Kuota untuk Exco ada 10, yang dilantik lapan dulu kerana yang dua itu kemungkinan kita akan lantik atau tak lantik, yang dua itu masih Exco hingga 7 haribulan bulan depan.

"Sekarang ini ada buat perubahan sikit dalam portfolio masing-masing dan ada yang kekal dengan portfolio lama,” katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan anggota Exco di Istana Anak Bukit, di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment