My Add

Tuesday, 28 February 2012

Najib mahu masyarakat akar umbi nikmati hasil inovasi

PUTRAJAYA, SELASA, 28 Februari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam langkah negara menjana kekayaan melalui pengkomersialan dan inovasi, usaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di peringkat akar umbi tidak seharusnya dilupakan.

Perdana Menteri berkata, inovasi perlu dilihat dalam konteks usaha pembasmian kemiskinan, meningkatkan mutu kesihatan awam, kemajuan dalam bidang pertanian dan sebagainya.

"Ini juga ada kaitan dengan hasrat kita untuk membangunkan kawasan desa dan luar bandar berdasarkan pada model baru yang seimbang dengan keadaan abad ke-21,” katanya semasa berucap sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Inovasi Negara di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata, peranan sains dan teknologi amat penting bagi menambah nilai produk-produk inovasi yang boleh dihasilkan oleh masyarakat akar umbi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment