IPOH, SELAS, 28 Februari, 2012: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pendengaran permohonan injunksi oleh Felcra Berhad terhadap 20 pesertanya bagi menghalang mereka menuai, mengutip atau memotong hasil kelapa sawit di atas kesemua 20 bahagian tanah.
Menurut peguam defendan Wan Rohimi Wan Daud, Hakim Hamider Singh menetapkan permohonan injunksi itu didengar pada 9 Mac ini dalam kamarnya apabila beliau (Wan Rohimi) memohon supaya ia ditangguhkan kerana terdapat beberapa dokumen anak guamnya yang tidak lengkap dan perlu dikemaskini. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment