My Add

Tuesday 28 February 2012

KPPK pohon kenaikan bagi guru lulus PTK

KUALA LUMPUR, selasa, 28 Februari, 2012: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kenaikan gaji atau pangkat kepada mereka yang telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum kaedah itu dimansuhkan.

Presidennya, Hasim Adnan berkata, ini bagi mengelakkan ketidakadilan kepada mereka yang telah lulus penilaian itu.

"Ramai guru-guru veteran yang setuju bahawa mereka yang telah ambil penilaian ini di peringkat tiga atau empat perlu diberi peluang untuk kenaikan gaji atau pangkat terlebih dahulu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, terdapat kira-kira 10,000 guru yang tergolong dalam kelompok itu.

Justeru, Hashim memohon pihak JPA agar membuat pertimbangan semula dan memberi ruang setahun atau dua tahun sebelum memansuhkannya.

Sebelum ini, JPA mengumumkan untuk menggantikan PTK dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang dikatakan akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam mendapat kenaikan pangkat berkuat kuasa pada Julai ini.

Hashim berkata, pemansuhan serta-merta PTK juga dilihat tidak adil, yang mana bagi kelayakan jawatan di peringkat tinggi, keputusan penilaian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ijazah dan lain-lain diambil kira, tetapi keputusan bagi penilaian itu tidak diambil kira. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment