My Add

Tuesday 28 February 2012

Penyalahgunaan dadah di Kelantan meningkat lebih 100 peratus

Oleh YULPISMAN ASLI

KOTA BHARU, SELASA, 28 Februari, 2012: Kes penyalahgunaan dadah di negeri ini mencatatkan peningkatan lebih 100 peratus pada tahun lalu iaitu sebanyak 9,124 kes berbanding hanya 4,255 pada 2010.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, kebanyakan yang terlibat adalah golongan muda membabitkan pengambilan dadah jenis methamphetamine atau pil kuda kerana ia lebih mudah diseludup masuk dari negara jiran.

Beliau berkata, pihak berkuasa terutama polis dan pelbagai agensi penguatkuasaan lain bagaimanapun sentiasa meningkatkan rondaan bagi membanteras penyeludupan dadah ke negara ini.

Malah katanya, pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) juga sentiasa menjalankan kajian bagi mencari pendekatan terbaik untuk membanteras penyalahgunaan dadah jenis baharu.

"Kerajaan juga ada kerjasama yang baik dengan kerajaan Thailand dan sentiasa bertukar-tukar maklumat serta tidak mengambil ringan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Kelantan di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment