My Add

Tuesday 17 April 2012

10,092 PATI, 292 majikan ditangkap

PUTRAJAYA, ISNIN, 16 April, 2012: Seramai 70,259 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diperiksa melalui 3,331 operasi yang melibatkan 18,197 anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen di seluruh negara sejak 20 Oktober lalu sehingga semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, menerusi siri operasi tersebut, seramai 10,092 PATI dan 292 majikan telah ditangkap dan dikenakan pelbagai tindakan.

Berdasarkan pecahan, 50 majikan dan 1,364 PATI telah didakwa di mahkamah, 102 majikan dan 621 PATI dikenakan kompaun dan 1,558 PATI diusir keluar.

"Sementara itu, kes bagi 30 majikan dan 3,058 PATI masih dalam siasatan, manakala baki 110 majikan dan 3,337 PATI telah dibebaskan berikutan tiada kes manakala 154 PATI adalah mangsa Anti Pemerdagangan Orang," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment