My Add

Tuesday 17 April 2012

Sasar 50,000 anggotai SP1M

BERA, ISNIN, 16 April, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mahu meningkatkan jumlah keahlian Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) kepada 50,000 orang menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SP1M yang ditubuhkan pada 22 Mac lalu kini sudah mempunyai seramai 37,000 ahli terdiri daripada penjawat awam, belia, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.

Menurutnya, jumlah yang ramai akan membolehkan SP1M memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan dengan lebih berkesan dalam usaha memantau kenaikan harga barang selain menggalakkan amalan perniagaan yang baik.

"Kementerian menyasarkan sekurang kurangnya 50,000 orang akan menjadi ahli skuad tersebut menjelang akhir tahun ini dengan setiap anggota skuad itu akan dibekalkan dengan kad keahlian yang memberi faedah seperti mendapat potongan harga semasa membeli-belah di premis perniagaan terpilih," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment