My Add

Friday 6 April 2012

80% peserta PLKK dapat kerja

Oleh HAKIMI ISMAIL

PUTRAJAYA, KHAMIS, 05 April, 2012: Kira-kira 80 peratus daripada 2,259 peserta Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sesi 2011 berjaya memperoleh pekerjaan dalam pelbagai sektor sebaik sahaja menamatkan latihan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, manakala 20 peratus lagi sedang menyambung pelajaran dalam bidang masing-masing selain ada antara mereka telah membuka perniagaan sendiri.

Katanya, pihaknya telah mendapat peruntukan khas daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM14.36 juta bagi membiayai pelaksanaan program tersebut pada tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment