My Add

Wednesday 11 April 2012

Mansuh PTPTN sandiwara Anwar

Oleh SYUKRI SHAARI

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Kelantangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bercadang memansuhkannya jika menjadi Perdana Menteri adalah sandiwara semata-mata.

Ini kerana, menurut pengendali blog RBF Online, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Menurut blog tersebut, pada 1997, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Blog berkenaan mendakwa, Anwar dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri bermula 9 Mei sehingga 26 Julai 1997 dan dalam tempoh tersebut, beliau mempunyai kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment