My Add

Friday 6 April 2012

RISDA akan banci pekebun kecil tahun depan

KUCHING, KHAMIS, 05 April, 2012: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan melakukan operasi pembancian terhadap semua pekebun kecil di seluruh negara pada awal tahun hadapan.

Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, sehubungan itu, pihaknya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM72 juta untuk melaksanakan operasi tersebut.

"Kali terakhir bancian dilakukan terhadap pekebun kecil adalah sekitar 2002 dan ia tidak melibatkan Sabah dan Sarawak kerana ketika itu RISDA belum mempunyai cawangan di kedua-dua negeri ini.

"Justeru, kita akan melaksanakan bancian bagi memastikan pangkalan data dan statistik mengenai pekebun kecil di negara ini dapat dikemas kini," katanya ketika melancarkan Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment