My Add

Thursday 5 April 2012

Nilai hartanah terus meningkat

KUANTAN RABU, 04 April, 2012: Spekulasi pihak tertentu mengenai kejatuhan nilai hartanah di sekitar Beserah, Balok dan Gebeng ekoran wujudnya kilang memproses nadir bumi oleh Syarikat Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas) adalah tidak benar dan andaian semata-mata.

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh seorang perunding hartanah antarabangsa dari Rahim & Co. di sini hari ini bahawa nilai hartanah yang ditawarkan tidak pernah mengalami penurunan.

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Rahim & Co., Alias Abdullah, andaian harga tanah merudum sejak kehadiran Lynas tidak benar sama sekali kerana nilainya sentiasa meningkat dan adakalanya ditawarkan terlalu tinggi daripada harga pasaran.

"Sebagai contoh, harga rumah di kawasan Perindustrian Gebeng iaitu di Balok dan Beserah adalah antara RM150,000 hingga RM500,000," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment