My Add

Friday 20 April 2012

941 graduan USM terima Ijazah esok

GEORGETOWN, JUMAAT, 20 April, 2012: Seramai 941 graduan Universiti Sains Malaysia (USM) akan menerima Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah masing-masing sempena Majlis Konvokesyen USM kali ke-45, esok. 

Naib Canselor USM, Prof Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu 10 graduan mencipta sejarah apabila menjadi graduan sulung kepada program baru di peringkat Ijazah Sarjana iaitu Sarjana Kaunseling (7), Sarjana Sains Kemasyarakatan (1) dan Sarjana Sains (2).

"Pada Majlis Konvokesyen kali ini sejumlah 941 graduan dengan pecahan dua penerima Ijazah Kehormat dan Profesor Emeritus, 710 penerima Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana serta 229 bagi Ijazah Sarjana Muda," katanya pada sidang media khas Majlis Konvokesyen USM ke-45 di sini, hari ini.

Beliau berkata, pakar Kristalografi USM, Prof Fun Hoong Kun dan pelopor ulung pendidikan jarak jauh, Tan Sri Prof Emeritus Gajaraj Dhanarajan, masing-masing akan menerima anugerah Profesor Emeritus dan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan. 

Omar berkata, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM dijangka berangkat pada Majlis Konvokesyen itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment