My Add

Friday 13 April 2012

Akhbar Melayu: Amaran Guan Eng rasis

Oleh MD. AZRIN ROSLY

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 April, 2012: Amaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada 84 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu supaya berhenti melanggan akhbar arus perdana berbahasa Melayu merupakan satu perbuatan rasis yang menghalang perpaduan rakyat.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, amaran tersebut akan membawa kesan buruk kepada rakyat keseluruhan terutamanya dari segi perkauman dan cintai bahasa kebangsaan.

"Bagi saya, amaran ini merupakan bentuk rasis dan hasutan secara halus bagi membenci bahasa Melayu, sedangkan ia adalah bahasa kebangsaan negara.

"Tidak sepatutnya Guan Eng berbuat sedemikian yang hanya akan membentuk generasi muda di SJKC membenci bahasa Melayu dan secara tidak langsung kepada orang Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment