My Add

Friday 13 April 2012

Mustafa Ali didesak lagi nyatakan niat pertahan Anwar

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 April, 2012: Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sekali lagi didesak supaya menyatakan niat sebenarnya di sebalik tindakannya yang bersungguh-sungguh mempertahankan isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Faizal Jaafar berkata, Mustafa tidak sepatutnya membuat kenyataan membela Anwar sebelum berbincang atau mengadakan mesyuarat bersama ahli parti mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sepatutnya Mustafa berbincang dengan ahli parti dahulu sama seperti apa yang dilakukan semasa hendak menyingkirkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

“Kenyataan yang dikeluarkan tanpa merujuk kepada ahli parti yang lain menunjukkan seolah-olah ada sesuatu muslihat yang sedang disorokkan olehnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment