My Add

Friday 13 April 2012

Kaji tukar subsidi diesel kepada tunai

KUALA LANGAT, KHAMIS, 12 April, 2012: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengkaji supaya subsidi diesel dapat ditukarkan dalam bentuk wang tunai.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kajian mengenai perkara itu sedang dijalankan bagi memastikan kebaikan dan keburukan jika ia dilaksanakan.

"Pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan wang itu digunakan dengan betul dan LKIM juga akan pastikan setiap mereka yang menerima subsidi itu turun ke laut," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan peringkat daerah Kuala Langat, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 425 nelayan di kawasan Parlimen Kuala Langat menerima bantuan sara hidup selain sumbangan berjumlah RM24,000 kepada 11 nelayan yang ditimpa kemalangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment