My Add

Tuesday 3 April 2012

Angkara puak pemisah muda?

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 201: Hasil perkongsian maklumat dan risikan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa Thailand percaya dalang serangan bom di Yala dan Hatyai yang mengakibatkan 14 orang terbunuh adalah angkara puak pemisah muda yang menolak rundingan damai dengan kerajaan negara itu.

Sumber berkata, puak pemisah muda itu melancarkan serangan tersebut bagi menggagalkan proses rundingan damai antara golongan pemisah lama dan kerajaan Thailand.

Difahamkan, puak pemisah muda menolak rundingan damai tersebut dan mahu meneruskan serangan sehingga kerajaan tunduk terhadap tuntutan mereka.

"Puak pemisah muda yakin serangan tersebut mampu melemahkan pihak berkuasa Thailand seterusnya memenuhi tuntutan mereka untuk mendapatkan sebuah negara sendiri," kata sumber itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment