My Add

Tuesday 3 April 2012

Polis tingkat rondaan kawasan panas

Oleh ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi berkaitan akan meningkatkan kehadiran polis di kawasan-kawasan panas di seluruh negara bagi memastikan peluang untuk melakukan jenayah adalah sifar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kehadiran polis itu khususnya adalah melalui aktiviti rondaan selain interaksi bersama masyarakat.

''Kita sedar masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah terutamanya meningkatkan kehadiran polis di kawasan-kawasan berisiko, memperkasa penglibatan masyarakat serta memperkukuh kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan bagi sama-sama membantu pasukan itu membanteras jenayah.

''Kita juga akan memperhebatkan program komuniti kepolisan di seluruh negara agar penglibatan menyeluruh orang ramai bersama-sama PDRM dalam menangani jenayah di kawasan mereka,'' katanya. - UYUSAN

No comments:

Post a Comment