My Add

Tuesday 3 April 2012

Kelab Putera 1Malaysia ke Hatyai

ABDUL Azeez Rahim melawat mangsa bom rakyat Malaysia, Wong Sze Ee, 28, di Hospital Songkla Nagarind, Hatyai, malam tadi.

HATYAI, ISNIN, 02 April, 2012: Kelab Putera 1Malaysia tiba di bandar ini hari ini bersama sekumpulan 30 doktor dan sukarelawan bagi membantu rakyat Malaysia yang mengalami kesusahan akibat letupan bom di kompleks beli-belah dan Hotel Lee Garden Plaza, Hatyai, Thailand, kelmarin.

Misi tersebut adalah atas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar Kelab Putera melakukan sesuatu bagi membantu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi tersebut.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka akan cuba membantu rakyat Malaysia yang cedera, terkandas atau menghadapi masalah untuk pulang semula ke Malaysia.

"Kita akan membuka sebuah bilik operasi di sini dengan kerjasama pejabat Konsulat Malaysia di Hatyai bagi memudahkan proses bantuan disalurkan," katanya kepada pemberita Malaysia yang tiba di sini kira-kira pukul 4 petang ini bersama para doktor dan sukarelawan tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment