My Add

Thursday 12 April 2012

Bantah pembangkang terima dana asing

HULU LANGAT, RABU, 11 April, 2012: Persatuan Kebajikan dan Khairat Kampung Sungai Sekamat hari ini membuat laporan polis dan mengadakan perhimpunan aman bagi membantah tindakan pakatan pembangkang yang didakwa menerima dana asing untuk tujuan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Persatuan tersebut yang diketuai ahli jawatankuasanya, Kamarul Ariffin Saidin membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang kira-kira pukul 1 petang sejurus selepas selesai perhimpunan.

Perhimpunan itu disertai 230 ahli serta penduduk Hulu Langat yang diadakan pukul 12.45 tengah hari.

Menurut Kamarul Ariffin, tindakan pakatan pembangkang untuk mendapatkan bantuan asing disifatkan tidak bermaruah serta menjejaskan imej negara.

"Walaupun 12 manifesto pada pilihan raya 2008 gagal ditunaikan, pakatan pembangkang masih cuba menanam janji-janji baru untuk memperdaya rakyat." katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment