My Add

Tuesday 17 April 2012

Bekas kerani pecah amanah RM1.2j dipenjara 7 tahun

KOTA BHARU, ISNIN, 16 April, 2012: Seorang bekas kerani akaun Koperasi Pekebun Kecil Getah Kebangsaan (Narsco), Wan Rosmawati Ismail dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah membabitkan RM1.2 juta.

Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas Wan Rosmawati, 50, bagi setiap pertuduhan namun memerintahkan ia berjalan secara serentak.

''Saya dapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Pembelaan tertuduh hanya bersifat penafian tanpa disokong asas yang kukuh,'' kata Irwan membacakan penghakimannya.

Bagi pertuduhan pertama, wanita dari Kampung Pangkal Canggong, Machang, Kelantan itu didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang syarikat bernilai RM28,220.49 pada antara 29 Jun 1996 dan 14 Ogos 1996 di pejabat rumah asap Gading Galoh, Pulai Chondong, Machang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment