My Add

Thursday 12 April 2012

BN yakin tawan semula Hulu Langat

KUALA LUMPUR, RABU, 11 April, 2012: Barisan Nasional (BN) Selangor yakin mampu menawan semula Parlimen Hulu Langat pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengarah Operasi Jentera Pilihan Rayanya, Datuk Seri Mohamad Zin Mohamed berkata, Parlimen itu merupakan antara keutamaan kepada BN dalam usaha mendapatkan semula Selangor.

"Kalau kita dapat (Parlimen Hulu Langat), saya yakin kita akan mengambil alih negeri ini daripada pembangkang.

"Sekiranya berjaya (tawan), nasib penduduk Hulu Langat akan kita bela. Kita bukan seperti pembangkang, sudah empat tahun mentadbir tetapi tidak memberi hasil atau manfaat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya BN peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zin, dalam usaha ke arah itu setiap pemimpin komponen perlu bersatu padu dan memastikan tidak timbul isu sabotaj antara ahli serta parti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment