My Add

Thursday 12 April 2012

Bursary bukti kerajaan tunaikan janji

KUALA LUMPUR, RABU, 11 April2012: Usaha kerajaan menyediakan kemudahan penajaan kewangan Bursary kepada pelajar mendapat 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 dilihat sebagai komitmen bagi memastikan negara memiliki modal insan yang cemerlang.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, pemberian itu menunjukkan kerajaan komited dan serius dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih baik kepada golongan pelajar.

Kata beliau, ini juga bukti kerajaan tidak semata-mata hanya berjanji kosong dalam melaksanakan komitmen tersebut seperti yang dinyatakan pada pembentangan bajet lalu.

''Kita amat menyokong usaha kerajaan memperkenalkan kemudahan Bursary dan perkembangan ini dianggap amat baik mengikut situasi masa kini.

''Ia kerana kebanyakan ibu bapa yang kurang berkemampuan bimbang dengan tajaan kewangan pengajian anak-anak mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment