My Add

Thursday 12 April 2012

Jangan percaya tiga janji palsu pembangkang

KUALA LUMPUR, RABU, 11 April, 2012: Rakyat dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan tiga janji palsu yang ditaburkan pembangkang dalam usaha mengejar angan-angan memerintah negara.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tiga janji berkenaan iaitu menghapuskan kutipan tol, gaji minimum RM4,000 sebulan dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pasti tidak ditunaikan sekiranya pembangkang berkuasa.

Menurutnya, pembangkang seharusnya mendapatkan pandangan pakar-pakar ekonomi yang berwibawa sebelum melontarkan ketiga-tiga janji kosong itu kepada rakyat.

"Malah pembangkang sepatutnya menunaikan segala janji di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan terlebih dahulu.

"Saya percaya sebahagian besar rakyat semakin bosan dengan sikap pembangkang yang suka berdolak-dalik apabila gagal memenuhi janji di empat negeri tersebut," katanya kepadaUtusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment