My Add

Thursday 12 April 2012

UMNO akan perluas program wacana

Oleh Radhuan Hussain

KUALA TERENGGANU, RABU, 11 April, 2012: UMNO Terengganu akan memperluaskan program wacana bagi menerangkan mengenai penyelewengan perjuangan politik Pas ke seluruh negeri itu.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, program itu akan dilaksanakan di peringkat Parlimen dan seterusnya ke peringkat DUN, sekiranya keadaan memerlukan.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri memberitahu, pihaknya yakin masyarakat lebih faham malah dapat menerima segala penjelasan secara ilmiah selain disokong bukti kukuh yang dibentangkan barisan ahli panel.

“Berdasarkan respons yang kita terima hari ini sangat memberangsangkan, kita akan teruskan program ini ke peringkat Parlimen dan DUN di Terengganu, selepas ini.

“Program ini diadakan bukan semata-mata sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), lebih penting ialah membetulkan akidah umat Islam,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat program itu di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.

Tengku Putera seterusnya berkata, untuk masa akan datang, lebih ramai ahli panel dalam kalangan tokoh agama dan intelektual akan diundang bagi menjayakan program tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Strategik Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan berkata, pihaknya juga percaya beberapa negeri lain akan mengambil langkah serupa dalam menganjurkan program sedemikian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment