My Add

Wednesday 11 April 2012

CUEPACS mahu bincang dengan PM

Oleh HAKIMI ISMAIL

PUTRAJAYA, SELASA, 10 April, 2012: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini bagi membincangkan nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pertemuan tersebut adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan isu membabitkan kakitangan kategori tersebut yang tidak diserap ke jawatan tetap mahupun yang telah ditamatkan perkhidmatan.

Katanya, CUEPACS menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung walaupun menunjukkan mutu kerja yang baik.

Pihaknya, kata beliau, telah bertemu Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berhubung isu tersebut namun, tiada sebarang kata putus diberi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment