My Add

Wednesday 11 April 2012

Tiga wanita sertai Kembara Bumi Suci 2012

       MOHD. Redza Shah Abdul Wahid (lima dari kiri) bersama sebahagian peserta
         ekspedisi DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 212: Tiga wanita adalah antara 20 rakyat Malaysia yang akan menaiki 12 motosikal berkuasa tinggi dan dua kenderaan pacuan empat roda ke Mekah dalam ekspedisi DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2012.

Ketua ekspedisi, Azman Baharuddin berkata, ekspedisi itu bermula 21 April ini dan dijangka mengambil masa 63 hari sebelum kumpulan tersebut tiba di tanah suci.

"Ekspedisi sejauh 20,596 kilometer itu akan merentasi Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Rusia, Azerbaijan, Georgia, Turki, Syria, Jordan dan Arab Saudi.

"Ini merupakan ekspedisi kedua selepas kejayaan kembara kali pertama pada 2010," katanya dalam kenyataan di sini hari ini

No comments:

Post a Comment