My Add

Wednesday 11 April 2012

Dana Yayasan MMU bantu pendidikan rakyat

CYBERJAYA, SELASA, 10 April, 2012: Yayasan Universiti Multimedia hari ini melancarkan dana bagi membantu mereka yang berkelayakan untuk maju dalam bidang pelajaran serta penyelidikan di negara ini.

Melalui dana itu, pihak yayasan menawarkan biasiswa untuk meningkatkan kemudahan serta infrastruktur yang diperlukan rakyat ke arah pembelajaran serta penyelidikan lebih sempurna.

Presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr. Muhammad Rasat Muhamad menyifatkan pelancaran dana itu sebagai penanda aras baru dalam sistem pengajian tinggi di negara ini, di samping dapat memupuk budaya bermurah hati di kalangan rakyat.

"Dana ini akan menerima sumbangan daripada sesiapa sahaja, biarpun RM1. Dengan itu, apabila kita terima kuantiti yang lebih, kita akan dapat tolong lebih ramai orang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment