My Add

Wednesday 11 April 2012

Proses pemutihan 6P tamat

Oleh MD. AZRIN ROSLY

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Proses Pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) yang bermula tahun lalu, tamat secara rasmi pada pukul 6 petang ini dan ia tidak akan dilanjutkan lagi.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, semua permohonan proses pemutihan, pertukaran majikan, makluman kepada kedutaan atau pesuruhjaya tinggi dan mengemas kini data pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dihentikan serta merta mulai 11 April.

"Namun, bagi majikan yang membuat temu janji sebelum 10 April 2012 dikecualikan," katanya.

Majikan yang telah membuat temu janji boleh berurusan di Pusat Kelulusan Setempat, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Putrajaya mulai Khamis ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment