My Add

Friday 13 April 2012

Dr Mahathir kemudi sesi Pemacu Landskap Ekonomi Baru

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 April, 2012: Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), akan menganjurkan sesi strategi eksklusif pada 16 April ini di Berjaya Times Square Hotel, di sini. 

NCCIM dalam satu kenyataan hari ini berkata, sesi strategi itu akan diterajui dan dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi membincangkan mengenai "Pemacu Landskap Ekonomi Baru di Peringkat Tempatan dan Global".

Hasil daripada sesi strategi itu akan diserahkan kepada kerajaan dan kemudiannya perundingan selanjutnya akan dibuat.

"Sesi strategi itu adalah eksklusif dan pada peringkat tinggi, dalam format meja bulat, dan terhad kepada 80 wakil daripada sektor swasta Malaysia dengan ahli panel menambah tenaga dalam perbincangan itu," kata NCCIM. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment