My Add

Friday 13 April 2012

Proses demokrasi di Myanmar berterusan: Najib

PUTRAJAYA, KHAMIS, 12 April, 2012: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau percaya proses ke arah pendemokrasian dan tadbir urus lebih inklusif di Myanmar tidak akan berubah. 

Perdana Menteri berkata, beliau yakin pandangan itu turut dikongsi ramai orang di Myanmar dan atas sebab itu, Sidang Kemuncak Asean baru-baru ini mencadangkan kepada negara yang mengenakan sekatan terhadap Myanmar supaya menyemak semula atau sekurang-kurangnya menangguhkan sekatan itu.

Najib berkata, selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Myanmar U Thein Sein di Naypyitaw baru-baru ini, beliau percaya presiden itu ikhlas dalam melaksanakan pembaharuan di Myanmar dan ini disokong oleh kenyataan bekas tahanan politik, Aung San Suu Kyi mengenai presiden itu.

Beliau menegaskan adalah penting untuk memberi sokongan kepada Thein Sein, supaya beliau berasa bersemangat sekiranya beliau mendapat sokongan daripada masyarakat antarabangsa. 

"...kerana akan wujud elemen yang mahu mengambil pendekatan lebih konservatif, pendekatan bersifat lebih totalitarian (di Myanmar), yang pastinya tidak baik untuk masa depan Myanmar," katanya pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Britian David Cameron. 

No comments:

Post a Comment