My Add

Thursday, 19 April 2012

Ribut pasir halang larian Suwaibah

Oleh MUHAMMAD AZRUL RADI

KUALA LUMPUR, RABU, 18 April, 2012: Ribut pasir yang melanda laluan dari Sohag ke Assyutt menjadi penghalang kepada pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir, 38, dari terus menamatkan larian yang dijadualkan untuk hari ini.

Suwaibah berkata, larian pertama yang bermula pagi tadi sahaja dapat ditamatkan manakala laluan yang dijadualkan untuk petang ini terpaksa ditangguhkan ekoran daripada ribut itu. - UTUSAN

"Pada permulaan larian pagi tadi, keadaan hanya berangin dan ribut pasir mula melanda pada baki 20 kilometer (km) terakhir. Baki larian petang ini terpaksa ditangguhkan ekoran ribut pasir.

"Bagi menamatkan baki 20km itu, saya terpaksa memakai topeng dan terus berlari sehingga tamat laluan larian yang telah ditetapkan untuk misi Larian Sahara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini. 

No comments:

Post a Comment