My Add

Tuesday 3 April 2012

FELDA jamin lebih 100,000 peneroka terima durian runtuh

GUA MUSANG, SELASA, 03 April, 2012: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memberi jaminan seramai 112,635 peneroka di semua tanah rancangan agensi itu akan mendapat durian runtuh berikutan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH), yang dijadual Jun ini. 

Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA, Faizoull Ahmad, berkata agensi itu akan berlaku adil kepada semua peneroka walaupun ada segelintir yang menolak penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. 

Beliau berkata, pihaknya menyedari peneroka terbabit menolak kerana terlampau taksub dengan hasutan pembangkang yang ingin menggagalkan usaha kerajaan bagi kemajuan masa depan mereka.

"Kita akan tetap mengagihkan habuan yang dianggap durian runtuh terbesar dalam sejarah FELDA itu kepada peneroka secara adil untuk semua dalam dua fasa, termasuk fasa pertama Mei depan manakala fasa kedua pada Julai nanti. 

"Mereka akan terkejut menerima durian runtuh seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi jumlah masih dirahsiakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 1 dekat sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment