My Add

Tuesday 3 April 2012

Kerajaan komited untuk moden kawal selia permit pembinaan

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 April, 2012: Kerajaan komited untuk memodenkan rangka kerja kawal selia permit pembinaan dan peraturan lain untuk menjadikan Malaysia tempat yang lebih selesa bagi menjalankan urusniaga, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. 

Mohd Sidek berkata, Laporan Melakukan Urusniaga Bank Dunia 2012 untuk inisiatif menyeluruh meletakkan Malaysia pada ranking ke-18 tahun ini dari kedudukan ke 23 pada tahun lalu, tetapi menunjukkan penurunan dalaPengurusan Permit Pembinaan ke kedudukan 113 dari 111 tahun lalu.

 "Kita perlukan satu model baru dan perubahan radikal dalam rangka kerja permit pembinaan yang melindungi kesihatan, keselamatan dan alam sekitar awam, sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi, inovasi, daya saing dan pewujudan kerja.

"Model baru itu mestilah juga menentukan bahawa undang-undang, garis panduan dan amalan kod boleh dicapai, konsisten, dan ditulis dalam bahasa mudah difahami," kata beliau ketika merasmikan Konsultasi Awam mengenai Model Baru bagi Menambah baik Kecekapan dalam Pengurusan Permit Pembinaan di Kuala Lumpur, di sini, hari ini. 

Beliau berkata, beberapa isu utama dikenal pasti pada kumpulan tumpuan yang dikendalikan baru-baru ini untuk memahami beban peraturan kawal selia yang wujud dalam mendapatkan kelulusan bagi permit pembinaan di negara ini. 

"Terdapat begitu banyak interaksi antara sesuatu perniagaan dengan pihak berkuasa, masa prosesan yang lama oleh pihak berkuasa dalam mengeluarkan permit dan yuran tinggi dikenakan pihak berkuasa," kata beliau. 

Antara cadangan yang dibuat badan profesional dan pihak berkepentingan pada program rundingan awam berkenaan ialah penubuhan sebuah pusat sehenti bagi permit pembinaan dan perkhidmatan online bagi mengurangkan interaksi fizikal dan birokrasi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment