My Add

Tuesday 3 April 2012

Sarawak sedia kongsi pengalaman dengan Sabah projek padi

KUCHING, SELASA, 03 April, 2012: Sarawak sedia berkongsi pengalaman dengan Sabah dalam menjayakan projek jelapang padi di kedua-dua negeri terbabit, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini. 

Beliau berkata, projek penanaman padi berskala besar membabitkan kawasan seluas 5,000 hektar di Stumbin/Bijat Sri Aman kini menampakkan hasil dengan peningkatan pengeluaran daripada 2.8 tan sehektar kepada empat tan sekarang. 

"Sarawak yakin Sabah juga mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar padi utama negara sejajar langkah mengatasi kebergantungan kepada bekalan beras import ketika ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu menerima kunjungan hormat Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamil di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia. 

Sementara itu, Musbah berkata, tujuan lawatannya adalah untuk mencari model pengurusan dan perniagaan yang sesuai khasnya dalam sektor pertanian di Sabah. 

Katanya, Sabah ketika ini turut terbabit dalam projek jelapang padi di Kota Belud membabitkan kawasan seluas 10 ribu hektar dan setakat ini 800 hektar sudah ditanam padi yang dijangka mengeluarkan hasil penghujung tahun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment