My Add

Tuesday 3 April 2012

MPS: Sampah akan dikutip minggu ini

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan membersihkan sampah haram di Jalan TIB 3/5, Taman Industri Boltan, Batu Caves selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Mohamad Zain A.Hamid berkata, ia merupakan sebagai tindakan jangka pendek bagi mengatasi masalah yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun itu.

Menurutnya, sebelum ini majlis telah melaksanakan kerja-kerja pengutipan dan pembersihan di kawasan terlibat tetapi masalah tetap berulang.

"Pelbagai cara telah dilakukan MPS bagi mengatasi aktiviti pembuangan sampah di situ.

"Ini termasuklah meletakkan pita kuning dan papan tanda larangan membuang sampah, namun tidak berkesan," katanya mengulas mengenai longgokan sampah berhampiran Kompleks Muhibbah, di Jalan TIB 3/5, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment