My Add

Thursday 12 April 2012

Mahasiswa perlu bijak berpolitik

TEMERLOH, RABU, 11 April, 2012: Mahasiswa Islam perlu proaktif dan bijak menggunakan kebebasan berpolitik seperti dicadangkan kerajaan menerusi pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, golongan itu perlu proaktif dan bijak menggunakan kebebasan bagi mencorak persekitaran politik pelajar yang lebih segar dan menjadi pendorong utama ke arah transformasi negara.

Beliau berkata, mereka perlu menggunakan peluang tersebut bagi mengembalikan zaman kegemilangan Islam untuk membina pemikiran politik Islam yang demokratik, progresif dan matang.

"Sejarah gerakan mahasiswa Islam di negara ini bermula sejak 1930-an lagi menerusi tokoh-tokoh seperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh al-Hadi.

"Kedua-dua tokoh tersebut memulakan gerakan pembangunan umat Islam ke arah pembangunan sosio ekonomi dan masyarakat manakala pada 1970-an pula muncul gerakan dakwah Islamiah oleh mahasiswa," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment