My Add

Friday 13 April 2012

Penuntut Malaysia di Aceh, Padang kembali ke kuliah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 April, 2012: Penuntut Malaysia di Aceh dan Padang, Indonesia yang terlibat dalam gempa bumi semalam, sudah kembali ke kediaman masing-masing dan menghadiri kuliah seperti biasa hari ini.

Setiausaha 1 Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Mismun berkata, kesemua 345 penuntut di kedua-dua wilayah itu iaitu 206 orang di Aceh dan 139 orang di Padang berada dalam keadaan selamat serta kembali menjalankan rutin harian seperti biasa.

Beliau berkata, mereka kembali ke kediaman masing-masing sejam selepas amaran tsunami ditarik balik.

‘‘Kami telah mengarahkan penuntut di kedua-dua wilayah itu agar sentiasa berwaspada dan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) serta membawa kelengkapan harian seperti pakaian dan makanan ke kuliah sebagai langkah bersiap-sedia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment