My Add

Tuesday 3 April 2012

NKEA tunjuk perkembangan membanggakan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Sepanjang 2011, Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) menunjukkan perkembangan membanggakan dengan projek-projek dirancang sedang dilaksanakan mengikut jadual.

Bagi projek untuk meletakkan Kuala Lumpur dan Lembah Klang di antara 20 bandar raya dunia yang mempunyai pertumbuhan ekonomi dan gaya hidup hebat pada 2020, ia berjaya menarik syarikat-syarikat multinasional dan bakat-bakat tempatan yang diusahakan oleh dua agensi berikut iaitu, Talent Corp. dan InvestKL.

Setakat ini, syarikat-syarikat multinasional yang telah menubuhkan operasi ataupun menyatakan komitmen pelaburan mereka adalah Sclumberger, PayPal, IBM dan Toshiba.

Sehingga Disember 2011, seramai 680 rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara telah kembali ke negara ini di bawah Program Membawa Balik Pakar sementara 482 permohonan Pas Penduduk telah diterima. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment