My Add

Tuesday 3 April 2012

Tanah masjid: UMNO Pulau Pinang kesal sikap bisu Pas

NIBONG TEBAL, SELASA. 03 April, 2012: UMNO Pulau Pinang kesal dengan sikap pemimpin Pas di negeri itu yang membisu mengenai dakwaan kerajaan negeri sudah menjual tapak masjid dan sekolah di tanah Bayan Mutiara di Georgetown. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata sikap membisu pemimpin PAS dan juga EXCO agama, Abdul Malik Abul Kassim, dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Osman, kedua-duanya daripada Parti Keadilan Rakyat, membuktikan mereka tidak bertanggungjawab membela maruah umat Islam di negeri itu. 

"Isu masjid dan sekolah itu menjadi isu umat Islam di negeri ini dan ianya bukan isu UMNO sahaja yang memperjuangkan mengenai kepentingan umat Islam di negeri ini.

"Sebagai pemimpin Melayu dalam kerajaan pakatan pembangkang, Pas dan mereka yang beragama Islam perlu bersuara dalam mempertahankan hak umat Islam dan bukannya bersikap mendiamkan diri," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan wang pembangunan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Simpang Tiga, Sungai Acheh di sini, hari ini. 

Zainal Abidin berkata, dalam isu tapak masjid dan sekolah itu, soal politik harus diketepikan kerana kepentingan rakyat dan umat Islam perlu diutamakan. 

Beliau juga berkata, Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan RM2.2 juta untuk membantu 101 SAR dan KAFA di Pulau Pinang. 

Katanya, bantuan itu bagi memberi keselesaan kepada murid untuk mendapat pendidikan agama. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment