My Add

Wednesday 18 April 2012

Kilang pistol Taurus dibina di Malaysia

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Sebuah syarikat pembuat pistol, Forjas Taurus S.A. (Taurus), Brazil akan membuka kilang pistol di Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) di sini.

Ketua Pegawai Operasi SGT Power Sdn. Bhd., Adam Abdullah berkata, syarikatnya bertanggungjawab membawa Taurus ke negara ini dan pembukaan kilang itu pula mendapat sokongan kerajaan menerusi inisiatif dan kemudahan yang disediakan.

"Di Malaysia sebelum ini sudah ada kilang yang membuat senjata raifel dan kita jangkakan sebuah kilang membuat pistol pertama akan dibuka di negara ini sebelum hujung tahun ini.

"Projek ini sudah bermula sejak 2009 dengan pemindahan teknologi kepada kita. Taurus melihat Malaysia sebagai tempat strategik yang mana kebanyakan negara jiran dan di rantau ini adalah pelanggan Taurus," katanya ketika ditemui pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment