My Add

Tuesday 17 April 2012

Konflik fizikal antara negara bukan lagi satu pilihan: Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau percaya konflik fizikal antara negara bukan lagi pilihan berdaya maju di rantau ini atau bahagian lain di dunia dalam abad ke-21. 

Beliau berkata, pencerobohan, keganasan dan perang di antara negara akan hanya membawa kemusnahan dan penderitaan kepada rakyat.

Katanya, negara-negara kini berdepan dengan cabaran keselamatan bukan tradisional yang baharu seperti pemerdagangan orang, keganasan, penyeludupan dadah dan percambahan senjata nuklear.

"Ini tidak dapat diselesaikan secara terasing atau menerusi struktur keselamatan sepertimana di masa lampau. Cabaran-cabaran baru ini memerlukan lebih ketelusan di antara negara-negara dalam menyelesaikannya," katanya dalam ucapan pada Forum Putrajaya 2012 di sini. 

Teks ucapan Najib pada forum yang diadakan sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-13 dibacakan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment