KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 April, 2012: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) disaran meluahkan idea kreativiti mereka melalui aktiviti bermanfaat demi pembangunan bangsa dan negara.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pelbagai platform disediakan oleh sektor kerajaan dan korporat bagi membangunkan idea itu demi menyelesaikan masalah masyarakat seperti kemiskinan, moral dan alam sekitar.
Justeru itu katanya, penganjuran Cabaran Keusahawanan Sosial (SVC) antara universiti oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) menjadi medan terbaik ketika ini untuk merealisasikan idea pelajar kepada bentuk komersial bagi pembangunan komuniti.
Katanya, inisiatif tersebut sebagai salah satu usaha untuk memperluaskan keusahawanan sosial di Malaysia yang pada ketika ini masih di peringkat permulaan, namun, berpotensi untuk berkembang secara dinamik. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment